Sunday, June 27, 2010

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TASIK KENYIR

Tasik ini mempunyai pemandangan lanskap yang menakjubkan dan merupakan tempat yang sesuai untuk melarikan diri dari kesibukan kota. Antara keistimewaan yang terdapat di tasik ini terbahagi kepada :-
  1. Air Terjun, Jeram Dan Sungai
    Air terjun yang terkenal dan sentiasa dikunjungi ialah lasir, saok dan tembat.
  2. Kawasan Tanah Tinggi/Gunung-Ganang
    Kawasan tanah tinggi yang dahulunya gunung-ganang seperti Gunung Gagau dan Gunung Chergau.
  3. Gua
    Di sini terdapat gua yang terkenal dengan misteri dan legenda seperti Gua Bewah dan Taat.
  4. Tempat Perkhemahan Dan Jungle Tracking
    Keluasan Tasik Kenyir yang kaya dengan flora dan fauna sangat sesuai untuk tujuan ini. tempat-tempat perkhemahan yang popular ialah sepanjang sungai saok, cacing, lasir, chicir, lebam, petang, trenggan dan pulau poh.
  5. Memancing
    Tasik Kenyir juga terkenal kepada pemancing di mana terdapat berbagai-bagai jenis ikan seperti kelisa, kelah, kawan, kalui, sebarau, lampam, baung dan toman. terdapat banyak lubuk-lubuk ikan untuk dipancing.
  6. Sukan Air
    Dengan keluasannya, menjadikan Tasik Kenyir sebagai kawasan yang popular untuk kegiatan sukan air seperti jet ski, kayak, kenu, bersampan, berakit dan sebagainya.
  7. Pintu Masuk Ke Taman Negara
    Pelancong perlu menghubungi Jabatan Perhilitan untuk mendapatkan permit masuk ke taman negara.
8 .Kemudahan Penginapan
  • Berbagai kemudahan penginapan telah disediakan bagi memenuhi keperluan pengunjung-pengunjung. Antaranya :-
    • Pengangkutan
      Tasik Kenyir mempunyai banyak bot pelancong untuk membawa pelancong mengelilingi pulau atau ke tempat penginapan. terdapat 70 buah bot pelancongan yang berlesen di tasik kenyir.

    • Jeti
      Terdapat sebuah jeti sebagai pintu masuk utama ke Tasik Kenyir iaitu jeti Pengkalan Gawi. Di sini terdapat berbagai kemudahan seperti tic (pusat penerangan pelancongan), pengkalan bot, gerai-gerai makan, restoran dan tandas. di sini juga para pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan bot sewa dan membuat tempahan chalet.

    • Agensi Yang Bertanggungjawab
      Agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan Tasik Kenyir ialah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Sebarang pertanyaan mengenai pelancongan di tasik kenyir hendaklah dimajukan kepada :-

      Pusat Penerangan Pelancongan
      Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
      21700 Terengganu, Malaysia
      No. Telefon: 09-6267788, 09-8223100

TASIK KENYIR,KUALA BERANG.

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing.